Tuesday 27 September 2011

Pehhtua

Orang Melayu terkenal dengan pelbagai petua dan adat yang menarik. Tidak terkecuali dengan dekorasi dan keceriaan rumah. Pelbagai cara atau kaedah yang digunakan oleh masyarakat terdahulu bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit petua bagi mereka yang menghadapi masalah dalam tips atau petua penjagaan barangan dalam rumah.

1. Ruang Rumah

a. Tembakau Pembersih Kaca
Selain daripada pembersih kaca yang dijual di pasaran, ada cara atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk membersihkan kaca atau cermin di rumah anda. Cara yang digunakan ialah dengan menggunakan tembakau kering. Rendamkan tembakau dalam air selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan kain lembut, celupkan ke dalam air rendaman tadi dan lapkan di cermin anda. Hasilnya, cermin akan kelihatan bersih dan kilat semula.

No comments:

Post a Comment