Sunday, 25 September 2011

Dekorasi Rumah..Adakah Ianya Satu Kepuasan?

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia..

Setiap manusia mengimpikan rumah yang selesa dan mempunyai dekorasi yang menarik. Ternyata ada sesetengah orang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak bagi merealisasikan matlamat tersebut. Tidak terkecuali saya. Rumah yang selesa dan disesuaikan dengan dekorasi yang tertentu mampu memberikan keselesaan, ketenangan dan juga kepuasan bagi individu tersebut. Bagi diri saya, dekorasi bertemakan vintage menjadi tema bagi kediaman saya. Memang diakui bahawa konsep vintage ini memberikan ketenangan dan kedamaian kepada diri saya dan keluarga setelah penat seharian mencari rezeki. Majalah dekorasi Impiana dan juga rancangan "Deko Bersama Eric" yang disiarkan di Astro menjadi buku dan guru kepada saya untuk merealisasikan dekorasi tersebut.




No comments:

Post a Comment