Orang Melayu terkenal dengan pelbagai petua dan adat yang menarik. Tidak terkecuali dengan dekorasi dan keceriaan rumah. Pelbagai cara atau kaedah yang digunakan oleh masyarakat terdahulu bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit petua bagi mereka yang menghadapi masalah dalam tips atau petua penjagaan barangan dalam rumah.
1. Ruang Rumah
a. Tembakau Pembersih Kaca
Selain daripada pembersih kaca yang dijual di pasaran, ada cara atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk membersihkan kaca atau cermin di rumah anda. Cara yang digunakan ialah dengan menggunakan tembakau kering. Rendamkan tembakau dalam air selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan kain lembut, celupkan ke dalam air rendaman tadi dan lapkan di cermin anda. Hasilnya, cermin akan kelihatan bersih dan kilat semula.
Tuesday, 27 September 2011
Sunday, 25 September 2011
Menjana Kreativiti Dekorasi Gaya Inggeris
Gaya Inggeris amat dikenali dengan gaya yang simple dan menarik. Susun atur perabot dan kekemasan sentuhan dekorasinya amat menarik minat para penggemarnya.Namun, harga barangan yang ditawarkan amat memeningkan hati para penggemar dekorasi tersebut. Bagi saya, kekangan tersebut menjadi masalah utama dalam merealisasikan impian ini. Oleh yang demikian, bagi menjimatkan kos pembeliaan perabot baru yang menepati tema vantage ini, saya mengambil keputusan untuk mengecat semula perabot-perabot lama kepada warna yang berkonsepkan gaya Inggeris ini. Dengan hanya bermodalkan cat putih, thinner, berus cat dan cat semburan, saya mengecat semula perabot-perabot tersebut.
Antara barangan-barangan yang telah mendapat sentuhan tersebut ialah:
Rak Kayu Jati
Meja Makan
Rak Hiasan Dinding
Frame Gambar
Rak Buku
Antara barangan-barangan yang telah mendapat sentuhan tersebut ialah:
Rak Kayu Jati
Meja Makan
Rak Hiasan Dinding
Frame Gambar
Rak Buku
Dekorasi Rumah..Adakah Ianya Satu Kepuasan?
Assalamualaikum...Salam 1Malaysia..
Setiap manusia mengimpikan rumah yang selesa dan mempunyai dekorasi yang menarik. Ternyata ada sesetengah orang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak bagi merealisasikan matlamat tersebut. Tidak terkecuali saya. Rumah yang selesa dan disesuaikan dengan dekorasi yang tertentu mampu memberikan keselesaan, ketenangan dan juga kepuasan bagi individu tersebut. Bagi diri saya, dekorasi bertemakan vintage menjadi tema bagi kediaman saya. Memang diakui bahawa konsep vintage ini memberikan ketenangan dan kedamaian kepada diri saya dan keluarga setelah penat seharian mencari rezeki. Majalah dekorasi Impiana dan juga rancangan "Deko Bersama Eric" yang disiarkan di Astro menjadi buku dan guru kepada saya untuk merealisasikan dekorasi tersebut.
Saturday, 24 September 2011
Sekalung Budi...Setulus Hati
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dan Salam 1 Malaysia
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W. T kerana dengan limpah izinnya dapat kita sama-sama mampu meneruskan kehidupan di alam nyata ini. Sesungguhnya nikmat yang diberikan ternyata memberikan kita kekuatan untuk menyembah terhadap-Nya dan meneruskan amalan ibadat untuk mencapai kesejahteraan di alam yang lain pada masa akan datang. Diharap dengan nikmat ini, kita sebagai manusia dapat menginsafi perjalanan hidup dan mempertingkatkan amalan ibadat kita bagi mencapai kenikmatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)