Aifa Nizarieta
Blog Berkaitan Dengan Dekorasi Gaya Inggeris
Sunday, 20 November 2011
Bunga Kristal Untuk Ditempah
Bunga kristal kini menjadi kegilaan ramai. Dengan penampilan corak dan bunga yang menarik, ianya mampu menjadi penyeri dekorasi rumah anda. Bagi mereka yang kreatif dan seni, bunga ini mampu dihasilkan dan seterusnya menjadi pendapatan sampingan bag mereka. Ini kerana, ketelitian dan kreativiti yang diterjemahkan mampu menjadi pendorong untuk peminat (bunga kiristal) mendapatkannya walaupun dengan harga yang mahal. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk tempahan. Harga mengikut saiz pasu dan juga kesukaran bagi membentuk bunga tersebut. Nizar @ Azita: 0125442421. Diutamakan kepada mereka yang tinggal di area kubang pasu.
Saturday, 19 November 2011
Konsultan Deko
Para pengunjung yang dirahmati. Dengan ini disertakan beberapa gambar yang telah menerima sentuhan semula dekorasi gaya Inggeris untuk tatapan umum..sekian.
Tips Menghias Ruang Tamu
RUANG tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap keperluan dan nadi ruang berkenaan.
Suatu ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah, memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.
Apapun, anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;
Kategori Pengguna
Kenal pasti kategori pengguna ruang tamu iaitu adakah membabitkan golongan dewasa, orang tua atau kanak-kanak?
Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.
Jika golongan tua pengguna utamanya, pastikan kerusi dipilih sesuai keperluan mereka.
Jika ia kerap dikunjungi kanak-kanak dan haiwan peliharaan, pastikan anda membeli sofa fabrik jenis sarung boleh tanggal dan cuci.
Bilangan Pengguna
Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.
Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.
Aktiviti Pengguna
Adakah kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran, membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?
Setelah mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Gaya susun atur tempat duduk
Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:
1. Susunan segi tiga
Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.
2. Susunan bulat
Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang.
Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.
3. Susunan separuh bulat
Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah.
Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.
Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;

- Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
- Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
- Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
- Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
- Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
- Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
- Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
Pinggan Kecil Gaya Inggeris
Assalamualaikum..Salam 1Malaysia..Minta maaf kerana lama tidak membuat topik baru..saya sibuk sedikit dengan kerja hakiki sebagai penjawat awam. Bulan lepas,saya bersama dengan isteri tercinta telah membeli-belah di Kedai Romantika yang terletak di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar. Ternyata kedai ini menjual barangan gaya Inggeris dan barang yang terdapat di sana berjaya memukau mata para pengunjung. Saya juga tidak terkecuali membeli beberapa barangan yang bersesuaian dengan dekorasi rumah. Antara yang dibeli ialah:
a. Jam Dinding (2set)
b. Pinggan Hiasan Kecil
c. Pinggan Hiasan Besar
d. Signboard Aluminium.
Para pengunjung boleh melihat di dalam laman blog ini barangan yang telah dibeli. Bagi yang berminat dengan barangan tersebut boleh hubungi saya untuk tujuan tempahan..
Nizar (0125442421)

Tuesday, 27 September 2011
Pehhtua
Orang Melayu terkenal dengan pelbagai petua dan adat yang menarik. Tidak terkecuali dengan dekorasi dan keceriaan rumah. Pelbagai cara atau kaedah yang digunakan oleh masyarakat terdahulu bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini, saya ingin berkongsi sedikit petua bagi mereka yang menghadapi masalah dalam tips atau petua penjagaan barangan dalam rumah.
1. Ruang Rumah
a. Tembakau Pembersih Kaca
Selain daripada pembersih kaca yang dijual di pasaran, ada cara atau kaedah lain yang boleh digunakan untuk membersihkan kaca atau cermin di rumah anda. Cara yang digunakan ialah dengan menggunakan tembakau kering. Rendamkan tembakau dalam air selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan kain lembut, celupkan ke dalam air rendaman tadi dan lapkan di cermin anda. Hasilnya, cermin akan kelihatan bersih dan kilat semula.

Sunday, 25 September 2011
Menjana Kreativiti Dekorasi Gaya Inggeris
Gaya Inggeris amat dikenali dengan gaya yang simple dan menarik. Susun atur perabot dan kekemasan sentuhan dekorasinya amat menarik minat para penggemarnya.Namun, harga barangan yang ditawarkan amat memeningkan hati para penggemar dekorasi tersebut. Bagi saya, kekangan tersebut menjadi masalah utama dalam merealisasikan impian ini. Oleh yang demikian, bagi menjimatkan kos pembeliaan perabot baru yang menepati tema vantage ini, saya mengambil keputusan untuk mengecat semula perabot-perabot lama kepada warna yang berkonsepkan gaya Inggeris ini. Dengan hanya bermodalkan cat putih, thinner, berus cat dan cat semburan, saya mengecat semula perabot-perabot tersebut.
Antara barangan-barangan yang telah mendapat sentuhan tersebut ialah:
Rak Kayu Jati
Meja Makan
Rak Hiasan Dinding
Frame Gambar
Rak Buku
Antara barangan-barangan yang telah mendapat sentuhan tersebut ialah:
Rak Kayu Jati
Meja Makan
Rak Hiasan Dinding
Frame Gambar
Rak Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)